Jadual Bayaran STR Fasa 2 2024: Tarikh & Jumlah STR Fasa 2

Jadual bayaran STR fasa 2 2024 merupakan tarikh dan jumlah bantuan STR fasa 2 2024. Jadual bayaran STR ini membantu para penerima STR untuk tahu tarikh-tarikh penting dan jumlah bantuan STR yang diberikan mengikut tarikh tertentu. STR Fasa 2 dikreditkan secara berperingkat bermula 3 April 2024.

Kerajaan telah memberikan Sumbangan Tunai Rahmah Fasa 1 pada 29 Januari 2024. Fasa 2 pula akan diteruskan pada bulan April ini.

Tujuan bantuan STR diberikan untuk memastikan isi rumah berpendapatan rendah akan menerima bantuan daripada kerajaan.

Artikel Terkini:

Jadual Bayaran STR Fasa 2 2024

Dalam bulan April 2024, pembayaran STR fasa 2 untuk penerima yang berdaftar dalam pangkalan data STR akan dikreditkan ke dalam akaun bank mereka secara tunai melalui bank masing-masing secara berperingkat mengikut kategori kelayakan STR masing-masing.

Pembayaran STR fasa 2 2024 merujuk kepada permohonan STR 2024 yang berstatus lulus dan diterima.

Jadual dan tarikh STR fasa 2 akan dikemaskini dari semasa ke semasa setelah pengumuman rasmi oleh Kementerian Kewangan.

Jadual bayaran STR fasa 2 2024 seperti di bawah.

jadual bayaran str fasa 2 2024

Kaedah Pembayaran STR Fasa 2

Pembayaran STR fasa 2 diberikan kepada penerima yang layak melalui salah satu kaedah di bawah mengikut tarikh jadual bayaran STR yang diumumkan secara rasmi:

  • Pengkreditan ke akaun bank pemohon atau pasangan
  • Penunaian di Cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN)
jadual bayaran str fasa 2 2024

Tarikh Bantuan STR Fasa 2

Bayaran STR fasa 1 lalu telah dinaikkan kepada RM500 kepada isi rumah berbanding bayaran maksimum sebanyak RM300 tahun lalu.

Tarikh bayaran STR bagi fasa 2 2024 adalah 3 April 2024:

  • Fasa 1: 29 Januari 2024
  • Fasa 2: 3 April 2024
  • Fasa 3: Ogos 2024
  • Fasa 4: November 2024

Jumlah Bantuan STR Fasa 2

Jumlah bantuan STR fasa 2 mengikut jadual bayaran STR fasa 2 2024 untuk pelbagai kategori:

Pendapatan Isi Rumah Kurang daripada RM2,500 sebulan

  • RM150-RM650

Pendapatan Isi Rumah: RM2,501 – RM5,000

  • RM100-RM300

Warga Emas Bujang

  • RM150

Bujang (Pendapatan kurang daripada RM2,500)

  • RM100
jadual bayaran str fasa 2 2024 tarikh bayaran
jadual bayaran str fasa 2 2024
Jadual Bayaran STR Fasa 2 2024: Tarikh & Jumlah STR Fasa 2 7

Permohonan Rayuan STR 2024

Sekiranya nama pemohon tiada dalam pangkalan data STR, mereka perlu membuat permohonan bagi membolehkan proses verifikasi mengikut kategori.

Tempoh permohonan rayuan STR 2024 dibuka bermula 29 Januari 2024 sehingga hujung tahun 2024.

Kaedah Permohonan Rayuan STR 2024

  • Secara dalam talian
  • Secara pengemukaan borang kertas rayuan ke Pejabat Hasil berdekatan
jadual bayaran str fasa 2 2024

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut layari laman web https://bantuantunai.hasil.gov.my/

Orang awam dinasihatkan agar berhati-hati dengan pautan yang tidak sahih oleh pihak tidak bertanggungjawab mengenai proram STR.

Penafian

Semakankini merupakan laman portal informasi yang berkongsi maklumat terkini. Semakankini bukanlah wakil mana-mana agensi kerajaan. Segala maklumat yang dikongsikan diperolehi daripada berita dan website rasmi kerajaan. Rujuk pautan asal untuk maklumat lanjut yang lebih lengkap.

Leave a Comment