Bantuan Khas Aidilfitri RM1000 2024 Untuk Penjawat Awam Negeri Dan Ketua Kampung

Bantuan khas aidilfitri RM1000 2024 untuk penjawat awam negeri dan ketua kampung telah diumumkan oleh kerajaan Perak. Bantuan ini diberikan kepada penjawat awam negeri dan ketua kampung di negeri Perak.

Artikel Terkini:

Senarai Penerima Bantuan Khas Aidilfitri RM1000 2024

Antara golongan yang layak terima bantuan khas raya RM1000 2024:

  • Penjawat Awam Negeri
  • Ketua Kampung
  • Guru Lantikan Negeri
  • Orang Besar Jajahan (OBJ)
  • Pekerja Sambilan Harian

995 Ketua Kampung Negeri Layak Terima Bantuan Khas Raya

Menurut YAB Menteri Besar Perak, buat julung kalinya bantuan khas ini turut dipanjangkan kepada semua 995 ketua kampung di seluruh negeri.

Bantuan Khas Kewangan Raya ini melibatkan kewangan sebanyak Rm8.8 juta dan akan memberi manfaat kepada 8,804 penerima.

Tarikh Bayaran Bantuan Khas Raya RM1000

Bantuan atau bonus yang diberikan ini akan dibayar pada 29 Mac 2024.

bantuan khas aidilfitri rm1000 2024
Bantuan Khas Aidilfitri RM1000 2024 Untuk Penjawat Awam Negeri Dan Ketua Kampung 3

Bonus Raya Tanda Apresiasi & Penghargaan

Bantuan ini adalah tanda apresiasi dan penghargaan kepada seluruh anggota perkhidmatan awam negeri yang merupakan nadi penggerak kerajaan atas komitmen serta dedikasi yang dicurahkan dalam memikul tanggungjawab menyampaikan perkhidmatan kepada rakyat.

Mudah-mudahan bantuan yang diberikan ini sedikit sebanyak dapat membantu dalam membuat persiapan menyambut Aidilfitri.

Sumber: FB Menteri Besar Perak

Leave a Comment