Semakan SARA 2024 Online: Check Status SARA Sekarang

Semakan SARA 2024 online ialah cara untuk semak status Sumbangan Asas Rahmah 2024 yang mula dibayar pada 22 Januari 2024 baru-baru ini. Bagi negeri Sabah, Sarawak, W.P Labuan pula akan menerima bayaran pada 19 Februari 2024 isnin ini. Bayaran SARA bulan Mac ialah 1 Mac 2024.

Semakan SARA 2024 online bertujuan untuk menyemak status semasa bantuan SARA yang diberikan oleh Kerajaan kepada mereka yang layak menerimanya iaitu penerima STR yang berstatus miskin dan miskin tegar menurut daripada eKasih.

Jangan lupa semakan SARA 2024 online boleh dilakukan di portal rasmi.

Artikel Terkini:

Semakan SARA 2024 Online

Cara untuk membuat semakan status SARA 2024 online ialah:

Pergi ke laman web rasmi semakan status mykasih 2024 https://mykasih.com.my/

  1. Tekan “Semak Status”
  2. Seterusnya masukkan nombor kad pengenalan anda
  3. Tekan lagi sekali “Semakan Status”
  4. Kemudian, maklumat status anda akan dipaparkan
semakan sara 2024 online
Semakan SARA 2024 Online: Check Status SARA Sekarang 5

Pastikan anda masukkan nombor mykad ke laman web dan portal rasmi Mykasih.

Semakan SARA 2024 online hanya boleh dilakukan di portal rasmi.

Jadual Bayaran SARA Setiap Bulan 2024

Elaun bulanan sebanyak RM100 dan RM50 akan dikreditkan setiap bulan selama setahun ke dalam Mykad penerima yang layak.

Mereka boleh untuk membeli barangan keperluan asas terpilih.

Jadual Bayaran SARA 2024:

BulanIsi Rumah & Warga Emas Tiada PasanganBujang
22 Januari 2024RM100RM50
1 Februari 2024RM100RM50
1 Mac 2024RM100RM50
1 April 2024RM100RM50
1 Mei 2024RM100RM50
1 Jun 2024RM100RM50
1 Julai 2024RM100RM50
1 Ogos 2024RM100RM50
1 September 2024RM100RM50
1 Oktober 2024RM100RM50
1 November 2024RM100RM50
1 Disember 2024RM100RM50
JumlahRM1200RM600

Sumbangan Asas Rahmah Mykasih 2024

Sumbangan Asas Rahmah ialah bantuan keperluan barangan dapur asas yang diberikan bermula Januari sehingga Disember 2024. Semakan SARA 2024 boleh dilakukan daripada semasa ke semasa.

Jumlah keseluruhan bayaran mengikut kategori sebanyak RM1,200 atau RM600.

Setiap bulan penerima yang layak akan terima RM100 dan RM50 dalam tempoh 12 bulan 2024. Jangan lupa sentiasa membuat semakan SARA 2024.

semakan sara 2024 online

Syarat Kelayakan Semakan SARA 2024

Syarat kelayakan semakan SARA 2024:

  1. Warganegara Malaysia
  2. Lulus Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2024 kategori isi rumah, bujang dan warga emas tiada pasangan
  3. Tersenarai sebagai penerima miskin tegar/ miskin ekasih dalam rekod data ekasih di bawah unit penyelarasan pelaksanaan Jabatan Perdana Menteri sehingga 31 Oktober 2023.

Cara Pelaksanaan SARA 2024

Ada dua cara pelaksanaan semakan SARA 2024 iaitu:

Penerima Daripada Semenanjung Malaysia (Selain Sabah, Sarawak dan W.P Labuan)

  • Menerima bantuan asas keperluan bermula 22 Januari sehingga Disember 2024 secara automatik melalui akaun yang dibuka menggunakan MyKad penerima
  • Boleh membeli barangan runcit asas daripada kategori produk yang diluluskan di Pasar Raya atau kedai Runcit seluruh negara menggunakan Mykad.

Penerima Daripada Negeri Sabah, Sarawak dan W.P Labuan

  • Bayaran RM600 dan RM300 daua kali setahun iaitu pada 19 Februari dan 12 Ogos 2024 mengikut kategori melalui pengkreditan terus ke akaun bank sama seperti kaedah pembayaran STR 2024.
semakan sara 2024 online
Semakan SARA 2024 Online: Check Status SARA Sekarang 6

Cara Semakan SARA 2024

Anda boleh semak melalui dua portal rasmi iaitu:

  1. Portal Rasmi STR di pautan https://bantuantunai.hasil.gov.my/
  2. Portal Rasmi MyKasih di pautan https://www.mykasih.com.my/

Tarikh Bayaran SARA Setiap Bulan 2024

Bayaran kedua bagi negeri di semenanjung akan dibayar pada setiap 1 hari bulan setiap bulan 2024. Contohnya 1 Mac 2024 atau 1 April 2024 dan begitulah seterusnya sehingga Disember 2024.

Cara Beli Barang MyKasih Di Kedai

  1. Pilih barang keperluan
  2. Tunjuk Mykad untuk pengesahan
  3. Imbas kod barangan
  4. Bayar guna mykad
  5. Simpan resit untuk semakan

Maklumat Lanjut MyKasih

Layari portal rasmi MyKasih https://www.mykasih.com.my/

Soalan Lazim (FAQ)

Apakah Sumbangan Asas Rahmah (SARA)?

Sumbangan Asas Rahmah (SARA) merupakan sumbangan tambahan kepada
penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) berstatus Miskin dan Miskin Tegar
eKasih di mana pelaksanaannya telah ditambah baik pada tahun 2024 bagi memenuhi keperluan barangan asas (Januari – Disember 2024) dengan kelayakan berjumlah RM1,200 / RM600 melalui pembelian tanpa tunai mengikut kadar RM100 / RM50 sebulan dalam tempoh 12 bulan.

Siapa yang layak menerima SARA?

Kelayakan SARA adalah terhad kepada:
i. Warganegara Malaysia;
ii. Lulus Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2024 kategori Isi Rumah, Bujang dan
Warga Emas Tiada Pasangan; dan
iii. Tersenarai sebagai penerima Miskin Tegar / Miskin eKasih dalam rekod data
eKasih di bawah Unit Penyelarasan

Adakah saya perlu memohon SARA?

Tidak. Kelayakan SARA adalah secara automatik berdasarkan data Miskin Tegar dan Miskin eKasih sehingga 31 Oktober 2023 yang berstatus lulus STR 2024 sahaja.

Bilakah SARA akan disalurkan kepada penerima?

Penerima akan menerima elaun bulanan sebanyak RM100 / RM50 secara bulanan
selama setahun melalui MyKad mereka untuk membeli barang keperluan asas
terpilih. Pembayaran pertama akan dilakukan mulai 22 Januari 2024 manakala
bayaran seterusnya mulai Februari 2024 akan disalurkan ke akaun MyKad penerima
pada 1 hari bulan setiap bulan

Apakah barangan keperluan asas yang boleh saya beli?

Penerima boleh membeli barangan keperluan asas daripada 13 kategori produk yang diluluskan iaitu beras, roti, telur, minyak masak, tepung, biskut, mi segera,
minuman, makanan dalam tin, bahan perasa, produk kebersihan, ubat-ubatan
dan barangan persekolahan.

Jadual Bayaran SARA 2024?

Anda boleh rujuk jadual bayaran SARA 2024 seperti di atas.

Penafian

Semakankini merupakan laman portal informasi yang berkongsi maklumat terkini. Semakankini bukanlah wakil mana-mana agensi kerajaan. Segala maklumat yang dikongsikan diperolehi daripada berita dan website rasmi kerajaan. Rujuk pautan asal untuk maklumat lanjut yang lebih lengkap.

Leave a Comment