Bayaran Insentif Awal Penjawat Awam 2024 RM2000 Terkini

Bayaran Insentif Awal Penjawat Awam 2024 RM2000 mula dibayar pada 23 Februari 2024. Kerajaan telah bersetuju supaya bayaran insentif awal kajian SSPA tahun 2024 ini dibayar sebanyak RM2,000 dan RM1,000.

Bayaran insentif awal penjawat awam ini berdasarkan kajian sistem saraan perkhidmatan awam tahun 2024.

Artikel Terkini:

Bayaran Insentif Awal Penjawat Awam 2024

Bayaran insentif awal penjawat awam ialah Kajian Sistem Saraan Perkhidmatan Awam tahun 2024.

Antara golongan yang layak mendapat bayaran insentif awal ini ialah semua penjawat awam gred 56 dan ke bawah termasuk lantikan kontrak, pegawai kontrak, pesara, penerima pencen terbitan, pesara perkhidmatan awam skim KWSP, persara bersara pilihan dan belum terima pencen dan veteran berpencen dan tidak berpencen.

Jumlah Bayaran Insentif Awal Penjawat Awam

Bayaran insentif awal penjawat awam dibahagikan kepada dua kategori iaitu bayaran untuk RM2000 dan RM1000.

Bayaran Insentif Awal RM2000 Untuk Penjawat Awam

Mereka yang layak terima bayaran insentif awal RM2000 ialah Pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan Kumpulan Pengurusan dan Profesional serta Kumpulan Pelaksana Gred 56 ke bawah termasuk pegawai lantikan kontrak.

Bayaran Insentif Awal RM1000 Untuk Penjawat Awam Dan Pencen

Mereka yang layak terima bayaran insentif awal penjawat awam RM1000:

  1. Gred Jawatan Utama/Khas (termasuk yang sedang memangku/penempatan khas)
  2. Pesara Kerajaan yang sedang menerima pencen
  3. Penerima Pencen Terbitan
  4. Pesara Perkhidmatan Awam Skim KWSP (Bersara apabila mencapai opsyen umur persaraan
  5. Vetern Berpencen dan Tidak Berpencen
  6. Pesara Bersara pilihan dan belum menerima pencen
bayaran insentif awal penjawat awam
Bayaran Insentif Awal Penjawat Awam 2024 RM2000 Terkini 4

Tarikh Bayaran Insentif Awal 2024

Dibayar pada 23 Februari 2024.

bayaran insentif awal penjawat awam
Bayaran Insentif Awal Penjawat Awam 2024 RM2000 Terkini 5

Siapa Layak Terima Bayaran Insentif Awal 2024?

  1. Bayaran Insentif Awal Kajian SSPA Tahun 2024 dibayar kepada pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan Gred 561 dan ke bawah yang dilantik secara tetap, sementara, Contract of Service2 serta pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan Gred Jawatan Utama/ Gred Khas, dengan syarat pegawai masih berkhidmat pada 23 Februari 2024.
  2. Turut layak diberi kepada pegawai yang bercuti bergaji penuh, pegawai yang bercuti separuh gaji, pegawai yang bercuti tanpa gaji dan pegawai yang dipinjamkan/ ditukar sementara termasuk ke agensi yang diasingkan pengurusan saraannya.
  3. Pemberian Bayaran Insentif Awal Kajian SSPA turut dipanjangkan kepada guru interim, pemandu yang dilantik sendiri oleh pegawai Gred Jawatan Utama B dan ke atas, serta Gred Khas A dan ke atas yang layak pemandu tetapi tidak disediakan pemandu oleh jabatannya serta pemandu yang dilantik sendiri oleh Anggota Pentadbiran serta Hakim dan Pesuruhjaya Kehakiman.
  4.  Bayaran Insentif Awal Kajian SSPA juga dibayar kepada Personel MySTEP dengan syarat telah berkhidmat sekurang-kurangnya selama enam (6) bulan pada tahun 2023 dan masih berkhidmat sebagai Personel MySTEP pada 23 Februari 2024.

Pekeliling Bayaran Insentif Awal 2024

Anda boleh layari pautan rasmi melalui Jabatan Perkhidmatan Awam di pautan berikut:

Sumber: Laman Web Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia

Soalan Lazim (FAQ)

Berapakah jumlah Bayaran Insentif Awal Kajian SSPA
Tahun 2024 yang akan dibayar?

Bayaran Insentif Awal Kajian SSPA Tahun 2024 sebanyak RM2,000.00 akan dibayar kepada pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan Kumpulan Pengurusan dan Profesional serta Kumpulan Pelaksana Gred 56 dan ke bawah termasuk pegawai/ kakitangan lantikan kontrak, manakala bayaran sebanyak RM1,000.00 akan dibayar kepada pegawai Perkhidmatan Awam Gred Jawatan Utama/ Gred Khas. Di samping itu, BIA Kajian SSPA ini turut dipanjangkan kepada pesara Kerajaan termasuk pesara berpencen, penerima pencen terbitan, pesara Skim KumpulanWang Simpanan Pekerja (KWSP) yang bersara mengikut umur persaraan wajib, pesara bersara pilihan dan belum menerima pencen, veteran berpencen serta veteran tidak berpencen sebanyak RM1,000.00.

Adakah pegawai yang dilantik pada 2 Februari 2024 layak menerima Bayran Insentif Awal Kajian SSPA Tahun 2024?

Pegawai yang telah dilantik tetap dan masih berkhidmat pada 23 Februari 2024 layak menerima BIA Kajian SSPA Tahun 2024

Adakah seorang pegawai COS yang dilantik pada 1 Januari 2024 hingga 31 Disember 2024 layak diberi BIA
Kajian SSPA Tahun 2024?

Pegawai layak dengan syarat masih berada dalam perkhidmatan pada 23 Februari 2024.

Bila Dapat Bonus Kerajaan 2024?

Bonus kerajaan 2024 dibayar pada 23 Februari 2024.

Tarikh Bayaran Bonus Penjawat Awam 2024

Tarikh bayaran bonus penjawat awam 2024 pada 23 Februari 2024.

Penafian

Semakankini merupakan laman portal informasi yang berkongsi maklumat terkini. Semakankini bukanlah wakil mana-mana agensi kerajaan. Segala maklumat yang dikongsikan diperolehi daripada berita dan website rasmi kerajaan. Rujuk pautan asal untuk maklumat lanjut yang lebih lengkap.

Leave a Comment