Semakan Status Mykasih 2024: Sumbangan Asas Rahmah 2024

Semakan Status Mykasih 2024 ialah cara untuk semak status Sumbangan Asas Rahmah 2024 yang mula dibayar pada 22 Januari 2024 baru-baru ini. Bagi negeri Sabah, Sarawak, W.P Labuan pula akan menerima bayaran pada 19 Februari 2024 isnin ini. Sebanyak RM1200 dan RM600 jumlah SARA mengikut kategori masing-masing.

Semakan status mykasih 2024 bertujuan untuk menyemak status semasa bantuan SARA yang diberikan oleh Kerajaan kepada mereka yang layak menerimanya iaitu penerima STR yang berstatus miskin dan miskin tegar menurut daripada eKasih.

Artikel Terkini:

Semakan Status MyKasih

Cara untuk membuat semakan status Mykasih 2024 ialah:

Pergi ke laman web rasmi semakan status mykasih 2024 https://mykasih.com.my/

  1. Tekan “Semak Status”
  2. Seterusnya masukkan nombor kad pengenalan anda
  3. Tekan lagi sekali “Semakan Status”
  4. Kemudian, maklumat status anda akan dipaparkan
semakan status mykasih

Pastikan anda masukkan nombor mykad ke laman web dan portal rasmi Mykasih.

Jadual Bayaran MyKasih Setiap Bulan 2024

Elaun bulanan sebanyak RM100 dan RM50 akan dikreditkan setiap bulan selama setahun ke dalam Mykad penerima yang layak.

Mereka boleh untuk membeli barangan keperluan asas terpilih.

Jadual Bayaran SARA 2024:

BulanIsi Rumah & Warga Emas Tiada PasanganBujang
Januari 2024RM100RM50
Februari 2024RM100RM50
Mac 2024RM100RM50
April 2024RM100RM50
Mei 2024RM100RM50
Jun 2024RM100RM50
Julai 2024RM100RM50
Ogos 2024RM100RM50
September 2024RM100RM50
Oktober 2024RM100RM50
November 2024RM100RM50
Disember 2024RM100RM50
JumlahRM1200RM600

Sumbangan Asas Rahmah Mykasih 2024

Sumbangan Asas Rahmah ialah bantuan keperluan barangan dapur asas yang diberikan bermula Januari sehingga Disember 2024.

Jumlah keseluruhan bayaran mengikut kategori sebanyak RM1,200 atau RM600.

Setiap bulan penerima yang layak akan terima RM100 dan RM50 dalam tempoh 12 bulan 2024. Jangan lupa sentiasa membuat semakan status mykasih 2024.

semakan status mykasih

Syarat Kelayakan MyKasih SARA 2024

Syarat kelayakan mykasih SARA:

  1. Warganegara Malaysia
  2. Lulus Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2024 kategori isi rumah, bujang dan warga emas tiada pasangan
  3. Tersenarai sebagai penerima miskin tegar/ miskin ekasih dalam rekod data ekasih di bawah unit penyelarasan pelaksanaan Jabatan Perdana Menteri sehingga 31 Oktober 2023.

Cara Pelaksanaan Mykasih 2024

Ada dua cara pelaksanaan SARA iaitu:

Penerima Daripada Semenanjung Malaysia (Selain Sabah, Sarawak dan W.P Labuan)

  • Menerima bantuan asas keperluan bermula 22 Januari sehingga Disember 2024 secara automatik melalui akaun yang dibuka menggunakan MyKad penerima
  • Boleh membeli barangan runcit asas daripada kategori produk yang diluluskan di Pasar Raya atau kedai Runcit seluruh negara menggunakan Mykad.

Penerima Daripada Negeri Sabah, Sarawak dan W.P Labuan

  • Bayaran RM600 dan RM300 daua kali setahun iaitu pada 19 Februari dan 12 Ogos 2024 mengikut kategori melalui pengkreditan terus ke akaun bank sama seperti kaedah pembayaran STR 2024.
semakan status mykasih

Cara Semak MyKasih 2024

Anda boleh semak melalui dua portal rasmi iaitu:

  1. Portal Rasmi STR di pautan https://bantuantunai.hasil.gov.my/
  2. Portal Rasmi MyKasih di pautan https://www.mykasih.com.my/

Tarikh Bayaran SARA Setiap Bulan 2024

Bayaran kedua bagi negeri di semenanjung akan dibayar pada setiap 1 hari bulan setiap bulan 2024. Contohnya 1 Mac 2024 atau 1 April 2024 dan begitulah seterusnya sehingga Disember 2024.

Cara Beli Barang MyKasih Di Kedai

  1. Pilih barang keperluan
  2. Tunjuk Mykad untuk pengesahan
  3. Imbas kod barangan
  4. Bayar guna mykad
  5. Simpan resit untuk semakan

Maklumat Lanjut MyKasih

Layari portal rasmi MyKasih https://www.mykasih.com.my/

Leave a Comment