Semakan STR 2024: Status Bayaran STR 2024 Fasa 1 Terkini

Semakan STR 2024 Fasa 1 mula dibayar pada 29 Januari 2024 iaitu hari isnin. Penerima STR 2024 boleh untuk menyemak status bayaran dan tarikh bayaran secara berperingkat-peringkat di sini.

Semakan STR 2024 boleh dilakukan dan bayaran STR 2024 fasa 1 mula dibayar ke akaun penerima masing-masing. Bayaran STR 2024 fasa 1 ini diawalkan berbanding bayaran yang dijangkakan bermula Februari 2024.

Kerajaan telah menaikkan bayaran Sumbangan Tunai Rahmah STR Fasa 1 sehingga RM500 untuk isi rumah.

Peruntukkan fasa 1 telah bertambah sebanyak RM2.1 billion berbeza tahun lepas sebanyak RM1.67 billion.

Artikel Terkini:

Semakan STR 2024

Program Sumbangan Tunai Rahmah (STR) ialah bantuan kerajaan untuk golongan berpendapatan rendah serta sederhana yang benar-benar berkelayakan dan memerlukan bantuan untuk mendepani cabaran kos sara hidup.

Tujuannya untuk memastikan kerajaan dapat membantu rakyat dalam memberikan bantuan untuk isi rumah berpendapatan rendah.

Maklumat penuh semakan STR 2024 seperti di bawah:

semakan str 2024

Syarat Kelayakan Pemohon STR 2024

Syarat kelayakan pemohon STR 2024 mengikut kategori ialah:

Isi Rumah

  • Berkahwin
  • Ibu atau bapa tunggal/ balu / janda / duda yang mempunyai anak yang menepati syarat
  • Pendapatan isi rumah adalah RM5,000 dan ke bawah

Warga Emas Tiada Pasangan

  • Bujang atau ibu atau bapa tunggal / balu / janda / duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat
  • Had umur adalah 60 tahun dan ke atas
  • Pendapatan Warga Emas tiada pasangan adalah RM5,000 dan ke bawah

Bujang

  • Bujang atau ibu atau bapa tunggal/ Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat
  • Had umur adalah 21-59 tahun
  • Bujang orang kurang upaya (OKU) berumur 19 tahun dan ke atas
  • Bukan pelajar iPTA  / IPTS sepenuh masa
  • Pendapatan bujang adalah RM2,500 dan ke bawah.

Nota : Individu bujang berumur 21 tahun dan ke atas termasuk OKU berumur 19 tahun dan ke atas yang masih belajar sepenuh masa di Institusi Pengajian Tinggi Awam / Swasta hanya dibenarkan untuk dimasukkan ke dalam maklumat anak / tanggungan permohonan isi rumah dan tidak dibenarkan membuat permohonan sebagai individu bujang

Jumlah Bayaran STR Fasa 1

  • Kategori Isi Rumah <RM2500 : RM500.
  • Isi Rumah (RM2500-RM5000) : RM100 – RM300.
  • Warga Emas Tiada Pasangan : RM150.
  • Bujang : RM100.
semakan str 2024

Tarikh Bayaran STR 2024 Fasa 1

Tarikh bayaran bagi fasa 1 sehingga fasa 4 Sumbangan Tunai Rahmah tahun 2024 seperti berikut:

  • Fasa 1: 29 Januari 2024
  • Fasa 2: April 2024
  • Fasa 3: Ogos 2024
  • Fasa 4: November 2024

Bayaran semakan STR 2024 fasa 1 sudah mula dikreditkan secara berfasa  ke akaun masing-masing.

semakan str 2024

Cara Pembayaran STR 2024 Fasa 1

Penerima STR 2024 yang layak akan menerima bayaran melalui pengkreditan ke akaun bank masing-masing bermula 29 Januari 2024 sehingga 2 Februari 2024 secara berperingkat-peringkat.

Bagi mereka yang tidak mempunyai akaun bank termasuklah Sabah dan Sarawak, bayaran akan dibayar bermula 29 Januari 2024 secara tunai melalui cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN).

Sila bawa kad pengenalan untuk tujuan pengesahan dan Cuma wakil sahaja dibenarkan untk mewakili penerima semakan STR 2024.

Jumlah Bantuan Keseluruhan STR 2024

Berikut jumlah bantuan keseluruhan STR 2024 mengikut kategori:

Pendapatan Isi Rumah Kurang Daripada RM2,500 Sebulan

  • Tiada Anak: RM1,000
  • 1-2 Anak: RM1,500
  • 3-4 Anak: RM2,000
  • 5 Anak atau lebih: RM2,500

Pendapatan Isi Rumah RM2,501 Sehingga RM5,000

  • Tiada Anak: RM500
  • 1-2 Anak: RM750
  • 3-4 Anak: RM1,000
  • 5 Anak atau lebih: RM1,250

Warga Emas Bujang

  • RM600

Bujang (Pendapatan Kurang daripada RM2,500)

  • RM350
semakan str 2024

Cara Semak Status Lulus STR 2024

Semakan STR 2024 bagi cara semak status lulus seperti berikut:

  • Layari portal rasmi STR di bantuantunai.hasil.gov.my
  • Klik log masuk MySTR
  • Masukkan nombor Mykad pemohon
  • Sahkan kata kunci keselamatan
  • Kemudian masukkan kata laluan
  • Klik semakan status
  • Maklumat status permohonan dan maklumat pembayaran dipaparkan
semakan str 2024
Semakan STR 2024: Status Bayaran STR 2024 Fasa 1 Terkini 10

Cara Permohonan STR 2024 Online

  • Layari portal rasmi bantuantunai.hasil.gov.my
  • Klik permohonan dan isi butiran yang diperlukan
  • Permohonan anda akan diproses dan disahkan

Cara Mohon STR 2024 Manual

Anda perlu ke pejabat LHDN untuk mengisi dan menghantar borang manual permohonan STR 2024.

Semakan STR 2024 sertakan dokumen sokongan seperti berikut:

  • Salinan kad pengenalan
  • Salinan Mykids anak-anak atau sijil kelahiran
  • Salinan sijil pernikahan
  • Salinan sijil penceraian  sekiranya ibu bapa tunggal
  • Penyata KWSP
  • Salinan sijil SSM
  • Salinan akaun bank
semakan str 2024

Tarikh Hantar Borang Online dan Manual

Semakan STR 2024 untuk hantar borang online dan manual harus mengikut tarikh yang ditetapkan.

Anda boleh menghantar borang online dan borang manual mengikut tarikh berikut:

BilTarikh Penghantaran Borang Permohonan
(Dalam Talian dan Borang Kertas)
Tarikh Pembayaran
1.1 November 2023 – 30 November 202329 Januari 2024
2.1 Disember 2023 – 29 Februari 2024April 2024
31 Mac 2024 – 30 Jun 2024Ogos 2024
4.1 Julai 2024 – 30 September 2024November 2024

Tarikh Permohonan STR 2024

Permohonan STR 2024 dibuka sepanjang tahun bermula 1 November 2023 sehingga tahun 2024.

Pemohon boleh memohon semakan STR 2024 pada bila-bila masa sepanjang tahun 2024.

Semakan Status Permohonan STR 2024

Permohonan Diterima

  • Status permohonan diterima merujuk kepada permohonan STR yang telah diterima dan akan melalui proses verifikasi mengikut tempoh permohonan dihantar
  • Permohonan tersebut dibenarkan untuk dikemaskini sehingga status permohonan ditukar kepada status Dalam Proses.

Dalam Proses

  • Status dalam proses pula merujuk kepada permohonan STR yang diterima dan sedang dalam proses verifikasi kelayakan STR 2024.

Status Lulus

  • Status lulus merujuk kepada permohonan STR yang menepati syarat kelayakan selepas proses semakan verifikasi dilakukan

Status Tidak Lulus

  • Status tidak lulus merujuk kepada permohonan STR yang tidak menepati syarat kelayakan selepas proses semakan verifikasi dilakukan

Kenyataan Rasmi Sumbangan Tunai Rahmah 2024

Kenyataan rasmi kerajaan tentang Sumbangan Tunai Rahmah 2024 semakan STR 2024:

semakan str 2024
semakan str 2024

Bolehkah Saya Mengemas Kini Maklumat Permohonan?

Tidak. Bagi permohonan berstatus dalam proses, tindakan kemaskini maklumat permohonan tida boleh dilakukan sehingga keputusan dipaparkan.

Semakan STR 2024 boleh dilakukan seperti perkongsian di atas.

Jangan lupa semakan STR 2024 perlu dilakukan.

Soalan Lazim (FAQ)

Apakah Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2024?

Program Sumbangan Tunai Rahmah (STR) merupakan bantuan Kerajaan kepadagolongan berpendapatan rendah serta sederhana yang benar-benar berkelayakan dan memerlukan bagi mendepani cabaran kos sara hidup. Hikmah penyasaran semula subsidi membolehkan Kerajaan menambah baik dan meningkatkan pemberian tunai kepada rakyat melalui STR 2024 dalam memastikan isi rumah berpendapatan rendah terus diberi bantuan sewajarnya.

Bilakah permohonan STR akan dibuka?

Permohonan STR akan dibuka sepanjang tahun mulai 01 November 2023.

Bagaimanakah kaedah bayaran STR 2024 dilaksanakan?

Kaedah pembayaran STR adalah seperti berikut:
a. Kredit ke Akaun Bank
Pembayaran akan dikreditkan ke akaun bank penerima / pasangan.
b. Tunai di Kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN)
Pembayaran akan dilakukan secara tunai sekiranya:
i. Tiada maklumat akaun bank
ii. Status pengkreditan gagal kredit

Bagaimanakah cara untuk membuat semakan status permohonan STR 2024 melalui Portal Rasmi STR (https://bantuantunai.hasil.gov.my)?

Semakan boleh dibuat seperti berikut:
a. Klik log masuk MySTR
b. Masukkan Nombor MyKad Pemohon
c. Pengesahan Kata Kunci Keselamatan
d. Masukkan Kata Laluan
e. Klik Semakan Status
f. Maklumat yang akan dipaparkan:
i. Status Permohonan
ii. Maklumat Pembayaran (Jika Ada)

Saya membuat semakan pada Menu Semakan Status Permohonan dan paparan Status Permohonan adalah Tidak Layak. Apakah yang dimaksudkan dengan Tidak Layak?

Sila hubungi pejabat HASiL berdekatan untuk mengetahui maklumat lanjut berkenaan Status Tidak Layak tersebut.

Penafian

Semakankini merupakan laman portal informasi yang berkongsi maklumat terkini. Semakankini bukanlah wakil mana-mana agensi kerajaan. Segala maklumat yang dikongsikan diperolehi daripada berita dan website rasmi kerajaan. Rujuk pautan asal untuk maklumat lanjut yang lebih lengkap.

Leave a Comment